Harga termasuk  PERCUMA  servis installation & admin setting!
* Setiap extension dalam pakej ini disediakan manual cara install & setting.
* Walaubagaimana pun, jika anda kurang arif berkenaan teknikal proses installation/configuration, servis disediakan secara PERCUMA.
* Jika website anda belum install VQMod, pihak kami akan tolong install secara PERCUMA.
* Servis PERCUMA ini hanya valid untuk 1 website (1 domain) anda sahaja.

 

Supported Version & Requirements:
* Opencart Version: v1.5.2.x - v1.5.6.x / v2.0.x - v2.3.x
* Available untuk versi English & bahasa Melayu (Front Store)
* 100% telah diuji & berfungsi dengan baik
* 100% fail baru, extension ini tidak akan replace fail asal Opencart
* untuk opencart v1.5.x, anda perlu install VQMOD terlebih dahulu sebelum guna module ini.

* untuk opencart v2.x.x, kami sediakan versi OCMOD, hanya install melalui Extension Installer sahaja, sangat mudah.


Info Description:

a) Extension ini adalah lebih kurang sama seperti Bank Transfer pada payment extension dalam Opencart default. Bezanya adalah saya telah asingkan setiap extension mengikut senarai 15 bank tempatan Malaysia. Ini bermaksud setiap bank tersebut mempunyai extension tersendiri, anda boleh install/uninstall dan enable/disabled pada mana-mana bank yang berkenaan. Admin juga boleh set payment display option untuk paparan payment method pada checkout page (logo only /  text only / display logo & text). Selain itu admin boleh set untuk masukkan link ke internet banking website untuk setiap bank icon logo yang akan dipaparkan pada checkout page (pada bahagian "Bank Transfer Instructions").

b) Berikut adalah senarai  16 bank tempatan + Maybank2u Pay + Western Union + Extra Extension  yang ada dalam extension ini:
01 - AMBANK
02 - BANK ISLAM
03 - CIMB BANK
04 - MAYBANK
05 - PUBLIC BANK
06 - RHB BANK
07 - BANK RAKYAT
08 - ALLIANCE BANK
09 - HSBC
10 - BANK MUAMALAT
11 - HONG LEONG BANK
12 - AFFIN BANK
13 - OCBC BANK
14 - CITIBANK
15 - AL RAJHI BANK

16 - BANK SIMPANAN NASIONAL
17 -  # MAYBANK2U PAY
18 -  # WESTERN UNION
19 -  # Cash On Pickup (Extra)
20 -  # Pay by Cheque (Extra) - similar with existing Cheque / Money Order with extra setting checkout display option.
21 -  # Free Checkout (Extra) - similar with existing Free Checkout with extra setting checkout display option.
22 -  # Cash On Delivery (Extra) - similar with existing COD with extra setting checkout display option.
23 -  # PayPal Standard from existing module - ALTERATION with vqmod/ocmod to add extra setting checkout display option.

c) Tujuan extension ini dibina adalah untuk memaparkan hanya maklumat bank tertentu sahaja yang akan dipaparkan kepada pelanggan semasa mereka melakukan checkout Contohnya Jika pelanggan memilih CIMB Bank sebagai payment method mereka, maka hanya maklumat bank tersebut sahaja akan dipaparkan semasa checkout. Kelebihannya adalah pada invoice tempahan akan dipaparkan CIMB Bank sebagai payment method, memudahkan pihak Admin untuk rujukan bank mana yang pelanggan akan membuat pembayaran.

d) Kelebihan lain adalah setiap bank mempunyai icon masing-masing dan akan dipaparkan semasa pelanggan buat pilihan payment method pada halaman checkout. Selain itu pada bahagian Bank Transfer Instruction (semasa checkout juga), akan dipaparkan juga icon bank yang telah dipilih tadi, dan jika icon bank ini di klik pelanggan akan dibawa ke laman web login bank tersebut untuk memudahkan pelanggan melakukan pembayaran secara online banking. 

e) Perlu ditegaskan disini bahawa extension ini bukanlah Merchant Payment Gateway seperti Ipay88, MolPay, Webcash dan sebagainya. Pelanggan masih perlu melakukan pembayaran secara manual seperti online transfer, cash deposit dan sebagainya.

f) Selain 16 bank tempatan tersebut, saya juga sertakan Maybank2u Pay extension (version Maybank2uPay Blogshop sahaja). Maybank2u Pay ini juga berada pada senarai yang sama dengan bank tempatan di atas tersebut tetapi cara setting berbeza sedikit, Pembayaran melalui Maybank2u Pay ini lebih pantas berbanding online transfer biasa kerana hanya perlukan pelanggan login dan buat bayaran terus dari halaman checkout (Pelanggan klik icon Maybank2u Pay dan satu pop out muncul untuk pelanggan boleh terus login dan buat bayaran). Anda mestilah memohon daripada pihak Maybank untuk pengaktifan Maybank2u Pay ini, jika permohonan diluluskan, anda akan diberikan kod html Maybank2u Pay. Dalam kod html tersebut terdapat "Maybank2u Pay Key Code" iaitu kod unik yang perlu dimasukkan dalam setting admin.

g) Extension ini menjadikan proses checkout pada kedai online anda kelihatan lebih professional dan elegant berbanding kedai online biasa-biasa. Semua extension ini available dalam English dan Bahasa Melayu.

 

Live Demo:

**Anda mesti lihat demo website untuk lebih faham berkenaan module ini.
**Caranya adalah dengan mencuba buat checkout di web demo tersebut.

Customer login/pass: [email protected] / demo
Admin login/pass: demo / demo

Demo for Opencart 2.x:
Demo Shop: CLICK HERE 
Demo Admin: CLICK HERE

MX4 Malaysia Bank Transfer

  • Product Code: MX4
  • RM50.00